Produk

Bengkung Mia adalah bengkung tradisional untuk mencantikkan serta melangsingkan badan dan pinggul. Bengkung Mia ini sesuai untuk kegunaan wanita selepas bersalin dan untuk pembentukkan badan yang menawan.

bengkung20mia207b

Memahami kehendak pelbagai pelanggan kami, kami menyediakan Bengkung Roda Mia dan Bengkung Lilit Mia agar pelanggan kami dapat membuat pilihan mengikut kesesuaian dan kehendak masing-masing.

Keistimewaan Bengkung Roda Mia berbanding dengan bengkung lain kerana:

Ia diperbuat  daripada 2 jenis kain, iaitu belacu krim dan kain berwarna gelap di bahagian hadapan. Kain yang berwarna gelap dapat mengelak bengkung daripada kelihatan kotor akibat penggunaan minyak/krim dibahagian depan bengkung

Mempunyai reka bentuk yang kecil di pinggang dan besar di punggung agar mengikut bentuk badan dan tidak longgar di bahagian pinggang kerana mengikut saiz punggung yang lebih besar.

Diameter bengkung dari bawah dada ke bawah pinggul supaya sentiasa kejab, kemas dan tidak mudah terselak/terangkat, di samping menghadkan pergerakan semasa berpantang

Mempunyai saiz serta labuh berbeza, mengikut kesesuaian badan. Jadi selesa dipakai mengikut saiz dan ketinggian.

Mempunyai jenis tebal dan nipis mengikut citarasa anda.

Mudahkan memakainya sendiri tanpa bantuan

Terdapat dalam 4 saiz iaitu S,M,L dan XL

%d bloggers like this: