FAQ

Pemakaian bengkung memang perlu untuk wanita selepas bersalin. Terdapat beberapa persoalan yang perlu anda ketahui tentang bengkung.

1. Perlukah saya memakai bengkung?
Mengikut ilmu perbidanan moden, pemakain bengkung amat perlu, terutama bagi ibu bersalin normal. Ini adalah bagi mengelakkan kemasukan aingin sejuk di liang-liang perut. Selain itu juga, pemakaian bengkung dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat sempurna.

2. Bilakah masa sesuai memakai bengkung?
Sebaik sahaja anda selepas bersalin, anda perlu memakai bengkung ini sehinggalah tempoh habis berpantang iaitu selama 44 hari. Bengkung perlu dipakai pada waktu siang dan malam. Bengkung hanya dibuka ketika mahu mandi sahaja ataupun ketika membuang air kecil atau besar. Pemakaian bengkung yang berterusan akan mampu mengembalikan tubuh badan anda kepada bentuk asal. Anda juga digalakkan memiliki dua bengkung untuk kegunaan sepanjang tempoh berkenaan.

3. Bolehkah memakai bengkung selepas pembedahan?
Anda perlulah mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memakai sebarang bengkung. Terdapat bengkung yang mempunyai ciri-ciri tertentu (seperti bengkung strap-on) yang boleh dipakai selepas pembedahan. Pastikan ciri-ciri ini adalah sesuai untuk anda. Bengkung yang tidak mempunyai ciri-ciri khas hanya boleh dipakai selepas luka sembuh atau atas nasihat doktor anda (selepas 2 minggu atau lebih).

4. Bagaimanakah ciri-ciri bengkung yang baik?
Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang menutupi daripada paras bawah dada sehingga ke bawah pinggul. Ini dapat memberi sokongan yang kukuh ke atas rahim. Diameter bengkung yang pendek akan menyebabkan ia mudah terangkat ke atas. * Ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar. Ia juga akan membatasi pergerakan anda dan akan lebih berhati-hati apabila bergerak.

5. Bagaimana pemakaian bengkung dapat membantu saya?
Pemakaian bengkung yang kemas dan kejab dapat membantu mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dengan lebih cepat. Ia juga dapat mengekalkan posisi yang baik terutama bagi ibu-ibu yang menyusu anak. Biasanya mereka akan duduk dalam posisi yang tidak betul. Baik untuk menyokong tulang anda kerana selepas bersalin berat tidak lagi ditanggung oleh tulang belakang anda. Selain itu, ia juga menyokong dan menguatkan otot-otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.

Mungkin ada antara kita yang tidak begitu menjaga penampilan berat badan selepas bersalin dan mengabaikan pemakaian bengkung. Mungkin kesannya (tidak memakai bengkung) tidak akan dirasai ketika ini, tetapi anda perlu fikirkankan ketika kesan jangka panjang. Kebanyakan kita memandang ringan kerana kita akan berasa sihat dan kembali cergas selepas bersalin. Tetapi apabila umur makin meningkat, badan kita akan mula merasai kesannya.

Begitu juga dengan penggunaan bengkung. Jika kita memakai bengkung dengan cara yang betul, badan kita akan kembali mengecil dan langsing. Tidak perlu menghabiskan wang dengan banyaknya kemudian hari untuk kembali ramping. Kaedah moden seperti balutan pada badan, konsepnya sama seperti berbengkung. Jadi kenapa perlu membuang duit anda!Pakailah bengkung untuk kegunaan selepas bersalin kerana anda perlu sayangi diri anda sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: